[PARLIMEN] 445 pelajar berhenti sekolah kerana ingin kahwin - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] 445 pelajar berhenti sekolah kerana ingin kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 445 pelajar sekolah dikesan tidak menamatkan sesi persekolahan dengan alasan ingin berkahwin.

Menjelaskan perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata, ia merupakan rekod bagi tempoh 2020 sehingga kini.

Daripada jumlah itu, jelas Idris, seramai 411 orang adalah pelajar perempuan, sementara 34 orang lagi adalah pelajar lelaki.

“Semua permohonan perkahwinan bawah umur bagi orang Islam dibuat di Mahkamah Tinggi Syariah.

“Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri-Negeri juga menetapkan mana-mana pemohon di bawah umur minimum yang hendak berkahwin hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Hakim Syarie terlebih dahulu,” jelasnya dalam jawapan dimuat naik di laman sesawang Parlimen, hari ini.

Terdahulu, Fuziah Salleh (PH-Kuantan) meminta kerajaan menyatakan jumlah pelajar berhenti sekolah untuk berkahwin ketika pandemik.

Jelas Idris, Sarawak mencatatkan rekod paling tinggi iaitu 183 kes, diikuti Sabah (86), Kelantan (43), Pahang (38), Terengganu dan Perak masing-masing 21 kes.

Ia disusuli Kedah (17), Selangor (12), Johor (10), Perlis dan Pulau Pinang (empat), Negeri Sembilan (tiga), Melaka (dua), dan Labuan (satu).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya