PETALING JAYA: Kuarantin di rumah dan pemakaian peranti digital kepada individu-individu yang baru pulang daripada negara berisiko belum memadai mengekang penularan varian Omicron dalam komuniti jika tiada tindakan tegas serta pengawasan ketat dilakukan. Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar berkata, mana-mana individu yang pulang daripada mengunjungi negara-negara luar khususnya negara berisiko mempunyai varian Omicron perlu dibawa terus ke pusat kuarantin supaya tidak bercampur dengan komuniti. “Jika hanya…










