Netizen ‘goyang lutut’ tengok aksi budak - Utusan Malaysia

Netizen ‘goyang lutut’ tengok aksi budak

TANGKAP layar video memaparkan seorang kanak-kanak duduk di atas bumbung kereta dipercayai di jalan Sungai Buloh, Selangor. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Warganet meluahkan kebimbangan selepas melihat seorang kanak-kanak lelaki duduk berseorangan di belakang kenderaan pacuan empat roda tanpa pemerhatian daripada orang dewasa.

Video yang tular balam laman media sosial Twitter memaparkan kanak-kanak itu bermain di belakang kereta, memanjat bumbung semasa kereta tersebut berhenti di lampu isyarat dipercayai jalan Sungai Buloh, Selangor, sebelum meneruskan perjalanan mereka.

Seorang pengguna laman tersebut, BxllaAnxar mempersoal bagaimana ibu bapa kanak-kanak tersebut boleh membenarkan anak mereka duduk di bahagian luar kenderaan yang boleh mendatangkan kemudaratan.

“Aku tak tahu apa dalam fikiran mak bapak budak ni. Dah la tengah hujan. Biarnya budak sorang-sorang dekat belakang kereta terlompat-lompat. Kalau jatuh sia-sia,” ciapannya di laman Twitter.

Menurutnya, terdapat tiga buah kereta lain bertindak menegur pemandu itu namun teguran tersebut tidak diendahkan, malah kereta pasangan keluarga itu terus memandu ke hadapan.

Rata-rata netizen turut meluahkan kebimbangan melihat gelagat kanak-kanak itu dan menyela sikap pasangan ibu bapa tersebut seperti seakan-akan tidak bimbang jika sesuatu yang buruk berlaku kepada anak mereka.

“Kot ye pun nak bagi anak explore dunia, ni macam nak bagi explore dunia lain sekali gus ni. nauzubillah la harap tiada apa jadi. tapi what is this behaviour,” ciap nadrahim_.

“PDRM tak nak siasat ke? Dah la budak tu dalam bahaya, membahayakan pengguna jalan raya lain pun ye jugak sebab kalau jatuh budak tu mau (mahu) kenderaan lain pun accident sebab nak elak,” ciap edthehairyfairy.

“Kalau anak tu jatuh then mati then time tu baru masuk berita menangis-nangis buat muka sedih. Padahal masa anak tu hidup akal kau letak kat tayar kereta,” ciap Midori_nochill.

“Entah-entah anak dia jenis liar yang meraung tak dapat main kat belakang tu, so parents dia macam gave up and just bagi je apa anak dia nak,” ciap alhixham. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya