Nelayan selamatkan pemandu Perodua Alza terjatuh Jambatan Pulau Pinang - Utusan Malaysia

Nelayan selamatkan pemandu Perodua Alza terjatuh Jambatan Pulau Pinang

PEMANDU Perodua Alza yang dilaporkan terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang petang tadi berjaya diselamatkan bot nelayan tempatan sebelum diserahkan kepada anggota Maritim Malaysia Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Pemandu Perodua Alza yang dilaporkan terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang di kilometer 3.4 arah Perai menghala ke pulau berjaya diselamatkan nelayan pantai petang semalam.

Mangsa, Anderan Kane, 31, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan telah diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) negeri pukul 3.45 petang.

Pengarah Maritim negeri, Kepten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, bot Penggalang 12 bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat sebaik sahaja menerima laporan kecemasan mengenai kejadian itu.

Menurutnya, ketika tiba di tempat kejadian didapati mangsa terbabit terlebih dahulu diselamatkan oleh bot nelayan tempatan.

“Mangsa seorang lelaki berketurunan India dipercayai dari Glugor dekat sini sebelum itu telah meninggalkan kereta Perodua Alza beserta barangan peribadinya di atas jambatan sebelum dilaporkan terjatuh.

“Dia kemudiannya dibawa ke jeti Polis Marin Batu Uban dan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan untuk dibawa ke Hospital Pulau Pinang dengan ambulans.

“Maklumat terakhir yang diterima daripada pihak hospital, mangsa kini berada dalam proses rawatan dan dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Beliau memberitahu, kejadian tersebut merupakan tragedi  kedua  bulan ini selepas  22 November lalu melibatkan seorang pemandu Toyota Prius yang masih belum ditemui sehingga kini.

“Maritim Malaysia memandang serius kes sebegini, berbincanglah dengan keluarga atau orang terdekat dan janganlah sesekali mengambil tindakan melulu dengan menganggap tindakan membunuh diri itu adalah sebagai salah satu cara penyelesaian masalah,” tambahnya.-  UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya