Negara dilengkapi sistem amaran banjir 2023 - Utusan Malaysia

Negara dilengkapi sistem amaran banjir 2023

Ramalan cuaca hari kedua Hari Raya Aidilfitri hpagi ini cerah di kebanyakan negeri. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seluruh negara bakal dilengkapi sistem amaran banjir pada 2023 dengan 95 peratus ketepatan ramalan.

Ketua Kementerian Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Dr Zaini Ujang berkata, sistem itu mampu mengeluarkan ramalan banjir tujuh hari sebelum musibah itu melanda di kawasan terlibat.

Malah katanya, sistem itu bukan sahaja mengeluarkan siren amaran sebelum dua hari kejadian banjir, malah bakal dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) dan kedudukan paras banjir secara real time.

“Buat masa ini, sistem amaran itu sedang pada tahap uji kaji di negeri-negeri utara termasuk Pulau Pinang dan Kedah manakala negeri lain seperti Selangor bakal diuji pada tahun depan.

“Untuk fasa seterusnya, ia pula membabitkan negeri Sabah dan Sarawak. Secara keseluruhan terdapat 120 sistem amaran dijangka diwujudkan menerusi projek itu yang membabitkan 41 lembangan sungai,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara, Jalan Ampang di sini hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir ke pusat ramalan itu bagi meninjau situasi terkini banjir di seluruh negara.

Perdana Menteri seterusnya diberi taklimat yang berlangsung selama lebih sejam.

Sementara itu, Menurut Zaini, Perdana Menteri mengarahkan pihaknya bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia bagi menambahbaik sistem komunikasi untuk tujuan penyaluran maklumat paras air sungai dan keadaan banjir lebih efektif menerusi mesej khidmat pesanan ringkas (SMS).

Ini kerana, katanya masih terdapat orang awam yang tidak cakna dengan maklumat yang dipapar di laman web, media sosial dan aplikasi disediakan kementerian, agensi dan jabatan berkaitan.

Justeru, beliau berkata pihaknya akan memaparkan video ‘real time’ atau masa nyata berhubung situasi semasa paras air dan banjir di kawasan kejadian supaya orang ramai percaya bencana banjir memang berlaku.

“Perdana Menteri minta kita tambah baik notifikasi menerusi kerjasama dengan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) supaya dapat mesej melalui SMS kerana ada orang yang tak kisah.

“Kita nak tunjukkan data CCTV dalam talian yang memaparkan kejadian air naik dan banjir masa nyata supaya orang ramai percaya dan boleh ambil langkah berjaga-jaga.

“Tapi banyak tempat atau stesen kita terletak di pedalaman dan ada masalah capaian internet. Ada juga mungkin hadapi masalah bekalan elektrik dan rosak akibat haiwan liar seperti gajah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.