Pekerja pusat pelancongan lemas ketika mahu selamatkan pelancong - Utusan Malaysia

Pekerja pusat pelancongan lemas ketika mahu selamatkan pelancong

PASUKAN bomba melakukan CPR terhadap pekerja pusat pelancongan yang lemas di Pantai Hisbiscus Villa, Jalan Kampung Marang Parang, Kudat hari ini. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUDAT: Seorang pekerja pusat pelancongan ditemukan lemas ketika cuba menyelamatkan seorang pelancong yang hampir lemas di Pantai Hisbiscus Villa, Jalan Kampung Marang Parang hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, mangsa, Estilly Lieo Uainis, 19, dikatakan lemas selepas dihanyutkan arus ketika membantu seorang pelancong terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) daerah, Ishak Jabas berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.38 pagi dan sepasukan 11 orang pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Apabila tiba di lokasi, pasukan bomba dimaklumkan mengenai mangsa yang dihanyutkan arus deras ketika cuba menyelamatkan pelancong yang hampir lemas.

Walau bagaimanapun, pelancong itu berjaya diselamatkan oleh rakan sekerja mangsa manakala, mangsa pula dikatakan hilang dan hanya ditemukan oleh rakannya selepas sejam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan. 

Beliau berkata, sebaik sahaja ditemukan, mangsa terus diberikan bantuan pernafasan (CPR) oleh pasukan bomba tetapi mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

Mayat mangsa diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada pukul 1.35 petang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN