MOSTI, Cradle bekerjasama bangunkan ekosistem start-up

MOSTI, Cradle bekerjasama bangunkan ekosistem start-up

DR. ADHAM Baba (tengah) melakukan gimik pelancaran majlis hari graduasi My Hackathon 2020 di MITEC sambil disaksikan Rafiza Ghazali (kanan) di Kuala Lumpur, hari ini. - FOTO/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bekerjasama dengan Cradle Fund Sdn. Bhd. untuk membangunkan ekosistem start-up negara.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, pandemik Covid-19 memberi kesan drastik kepada pelbagai sektor termasuk perkhidmatan kerajaan.

“Ini mendorong kita untuk segera mengadaptasi diri dengan perubahan menggunakan kreativiti dalam meningkatkan mutu penyampaian sistem digital kerajaan bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada Keluarga Malaysia.

“Perkhidmatan awam di negara kita sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan telah melalui perubahan, pentadbiran berasaskan kerajaan konvensional kepada e-government dan kini dalam fasa kerajaan digital,” katanya dalam Majlis Graduasi MyHackathon 2020, di sini hari ini.

Turut hadir majlis graduasi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cradle Sdn Bhd, Rafiza Ghazali.

Dr. Adham berkata, rakyat harus menggembleng tenaga untuk mempelajari dan memperkukuhkan kemahiran digital bagi menyokong transformasi pendigitalan, sekali gus mampu bersama-sama kerajaan meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada komuniti bisnes dan rakyat.

Sementara itu, Rafiza berkata, kumpulan Cradle diamanahkan dengan peranan penting bagi memulihkan daya tahan ekonomi start-up sekali gus menyumbang pembangunan negara.

“Dengan peruntukkan RM20 juta pada tahun depan, Cradle akan menganjurkan MYHackathon 2022, bagi membina dan menyalurkan start-up berpotensi tinggi ke dalam ekosistem negara, mengukuhkan perkongsian awam serta menyokong keseluruhan agenda Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) nasinal,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN