[PARLIMEN] Menteri tak puas hati usaha kerajaan banteras perkahwinan bawah umur - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Menteri tak puas hati usaha kerajaan banteras perkahwinan bawah umur

AHMAD FAIZAL AZUMU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang menteri menyatakan ketidakpuasan hati di Dewan Rakyat hari ini berhubung usaha kerajaan dalam membanteras perkahwinan bawah umur.

Perkara itu dinyatakan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dengan berkata, kerajaan harus mempertingkatkan usaha membanteras perkara itu supaya ia dapat diselesaikan dengan lebih baik.

“Saya sendiri tidak berpuas hati dengan apa yang kita laksanakan.

“Sebenarnya kita semua sepatutnya buat kerja lebih lagi untuk memastikan permasalahan ini dapat rungkaikan lebih baik,” katanya dalam waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri (MQT), hari ini.

Terdahulu, Kasthuri Patto (PH-Batu Kawan) meminta kerajaan menjelaskan mengenai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) usaha kerajaan dalam membanteras perkahwinan bawah umur.

Jelas kasthuri, rekod seramai 445 pelajar berhenti sekolah kerana alasan ingin berkahwin merupakan satu angka yang amat membimbangkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN