Mangsa kebakaran Flat Sri Johor dapat bantuan RM1,000 - Utusan Malaysia

Mangsa kebakaran Flat Sri Johor dapat bantuan RM1,000

ISMAIL Sabri Yaakob ketika meninjau kebakaran di Flat Sri Johor, Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rumah yang terlibat dalam kejadian kebakaran Flat Sri Johor, Cheras di sini bakal menerima bantuan khas sebanyak RM1,000.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyediakan rumah baharu kepada penghuhi kediaman yang terlibat.

Katanya, terdapat lapan unit rumah terlibat kejadian tersebut.

“Seperti saya umumkan di Selangor tadi mengenai bantuan untuk mangsa bencana, kebakaran ini juga merupakan bencana jadi kita akan berikan RM1,000 kepada setiap mereka terlibat.

“Yang 32 lagi rumah di tingkat tiga ke bawah, pihak bomba akan melakukan siasatan jika didapati tidak berbahaya lagi kepada penduduk, mereka boleh berpindah ke rumah masing-masing.

“Buat sementara ini mereka akan ditempatkan di dewan orang ramai,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut punca kebakaran, Ismail Sabri berkata, bomba akan menyiasat dan melaporkan hasil tersebut.

Terdahulu, beliau meninjau kejadian kebakaran yang membabitkan lapan unit kediaman Flat Sri Johor, Cheras, dilaporkan musnah dalam dijilat api pada malam ini.

Difahamkan, kebakaran berlaku dipercayai berpunca daripada gas meletup.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN