Mangsa banjir di Setiu meningkat  - Utusan Malaysia

Mangsa banjir di Setiu meningkat 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Mangsa banjir Terengganu meningkat kepada 135 orang dengan sebahagian besarnya membabitkan daerah Setiu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, setakat pukul 4 petang ini, sejumlah 111 mangsa membabitkan 39 keluarga ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Setiu.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 48 mangsa berada di PPS Masjid Gong Terap diikuti Masjid Kampung Merbau Menyusut (42 orang), Balai Raya Kampung Bari Besar (16 orang) dan Masjid Chalok Kedai (lima orang).

“Bagaimanapun, jumlah mangsa di PPS Sekolah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot di Kuala Nerus kekal 25 orang sejak mula beroperasi semalam.

“Sehingga kini, cuaca di seluruh negeri masih lagi hujan lebat di kebanyakan tempat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terengganu mulai dilanda banjir bermula hari ini apabila beberapa penempatan di kawasan rendah di Kuala Nerus, Setiu dan Besut dinaiki air akibat hujan berterusan selama tiga hari.

Namun, belum ada pemindahan dilakukan membabitkan penduduk di daerah Besut setakat petang ini dan masing-masing bersiap-siaga untuk sebarang kemungkinan.

Hujan lebat berterusan dijangka melanda negeri ini hingga esok susulan amaran cuaca buruk tahap jingga yang dikeluarkan di empat daerah iaitu Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.