Mandi pantai ketika air pasang besar, tiga remaja tidak takut hanyut - Utusan Malaysia

Mandi pantai ketika air pasang besar, tiga remaja tidak takut hanyut

TIGA remaja perempuan tidak menghiraukan keselamatan diri mereka apabila bertindak mandi di pantai di Paka, Dungun ketika fenomena air pasang besar. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Aksi berani mati tiga remaja perempuan mandi di kawasan pantai Paka di sini ketika fenomena air pasang besar, mengundang kemarahan ramai. 

Rata-rata netizen mengutuk perbuatan degil mereka mengabaikan keselamatan diri seolah-olah tidak takut risiko dihanyutkan ombak dan kehilangan nyawa.

Gambar remaja berkenaan tular selepas dikongsikan seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Mohd. Ibn Halim dalam kumpulan komuniti di laman sosial berkenaan, semalam.

Mohd. Halim mempersoal keberanian mereka berada di pantai terutama pada musim tengkujuh ketika ini.

Perkongsian itu mendapat lebih 600 tanda suka dan hampir 400 komen. 

Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paka memaklumkan, rondaan dan pemantauan segera dilakukan di lokasi kejadian sebaik sahaja gambar kumpulan remaja berkenaan dimuat naik di Facebook, pagi semalam.

 “Tinjauan mendapati tiada pengunjung yang mandi di sana. Bagaimanapun kita menasihatkan orang ramai supaya menjauhi kawasan pantai dan jangan sesekali bertindak berani dengan mandi dalam keadaan air pasang besar,” katanya hari ini.

Fenomena air pasang besar diramalkan berlaku selama 10 hari bermula Jumaat lalu hingga 12 Disember ini. – UTUSAN ONLINE 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN