Lelaki maut terjatuh dalam lubang rumah pam - Utusan Malaysia

Lelaki maut terjatuh dalam lubang rumah pam

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang ditemukan mati di dalam lubang rumah pam di Taman Tema Air Carnibal, Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki ditemukan mati selepas dipercayai terjatuh ke dalam tempat takungan air rumah pam di sebuah taman tema di Kelab Cinta Sayang di sini semalam.

Mangsa berusia lingkungan 30-an yang belum dikenal pasti identiti itu ditemukan dalam keadaan tertiarap dan terendam di dalam air.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Amanjaya, Pegawai Bomba Kanan II Nordin Arshad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat itu pada pukul 2.30 petang.

“Pasukan bomba dengan kekuatan lapan anggota bergegas ke lokasi dan mendapati mangsa telah meninggal dunia dipercayai terjatuh dari ketinggian empat meter.

“Proses sanitasi telah dijalankan sebelum mangsa berjaya dibawa keluar menggunakan pengusung dan diserahkan kepada polis sejam kemudian,” katanya dalam satu kenyataan  di sini hari ini.

Taman tema air tersebut tidak beroperasi sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, mangsa merupakan penduduk tempatan dan dipercayai terjatuh semasa melalui kawasan rumah pam itu.

“Siasatan awal tidak menemui sebarang kecederaan berunsurkan jenayah pada tubuh mangsa dan di lokasi kejadian,” katanya.

Tambahnya, mayat mangsa dihantar untuk bedah siasat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya