Lelaki hilang ketika mandi di Sungai Perak ditemukan lemas - Utusan Malaysia

Lelaki hilang ketika mandi di Sungai Perak ditemukan lemas

ANGGOTA bomba membawa naik mayat mangsa lemas di Sungai Perak dekat Kampung Sawa, Gerik, Perak, hari ini. - IHSAN JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika mandi di Sungai Perak dekat Kampung Sawa di sini, kelmarin, ditemukan lemas hari ini.

Mayat Nabil Haikal Nazarrudin, 21, ditemukan orang awam pada pukul 8.41 pagi kira-kira tiga kilometer dari lokasi mangsa mandi bersama rakannya. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lenggong, Farizul Anuar Razali berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan setelah menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 5.44 petang, Sabtu lalu.

Katanya, berdasarkan maklumat rakan mangsa, lelaki yang bekerja membina jambatan di lokasi tersebut mandi di sungai itu bersama rakan lain sebelum didapati hilang.

“Operasi mencari mangsa segera dijalankan sebelum mayatnya dijumpai pada pukul 8.41 pagi. Mayat mangsa dihanyutkan arus kira-kira tiga kilometer dari lokasi kali terakhir dia dilihat,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, operasi mencari mangsa disertai 16 pegawai dan anggota BBP Gerik serta Lenggong dibantu enam penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Kuala Kangsar.

“Operasi yang turut mendapat kerjasama pihak polis, Rela dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) itu tamat pada pukul 10 pagi,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN