Lebuhraya Pan Borneo fasa dua akan diteruskan - PM - Utusan Malaysia

Lebuhraya Pan Borneo fasa dua akan diteruskan – PM

ISMAIL Sabri Yaakob ketika berucap merasmikan pembukaan Jalan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Pakej 03 bagi Seksyen Serian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERIAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan bahawa pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo bagi fasa dua akan diteruskan di Sarawak.

Katanya, ini termasuk Red Line dan Missing Link bagi melengkapkan rangkaian jalan raya sedia ada dengan secara lebih terancang, sistematik dan efisien.

Namun katanya, pelaksanaan fasa dua hanya dapat diteruskan dengan lancar jika Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus kekal menjadi kerajaan di Sarawak.

“Sebenarnya bajet telah diluluskan termasuk fasa dua tapi apabila bertukar kerajaan, bajet itu dibatalkan. Itu sebab kita tidak boleh meluluskan fasa dua serta menaik taraf jalan sedia ada. Jika tidak berlaku pertukaran kerajaan, pastinya projek ini diteruskan.

“Jadi saya berharap dalam dua minggu ini, kerajaan GPS akan kekal di Sarawak, barulah projek dapat diteruskan demi kepentingan rakyat Sarawak.

“Kerajaan Persekutuan juga akan menunjukkan komitmen, kita akan bincang bagaimana untuk meneruskan fasa dua dan Red Line serta Missing Link,” katanya ketika merasmikan pembukaan Jalan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Pakej 03 bagi Seksyen Serian, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.