Kubur Sultan Mahmud Shah I ditemukan? - Utusan Malaysia

Kubur Sultan Mahmud Shah I ditemukan?

MOHAMMAD Tanzilul Furqan menunjukkan makam yang didakwanya milik Sultan Mahmud I yang ditemukan di Sungai Mas, Kedah, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah kubur dipercayai milik Sultan Kedah Kelima, Sultan Mahmud Shah I didakwa ditemukan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Mas, Kota Kuala Muda, Kedah, baru-baru ini.

Sultan Mahmud Shah l adalah Sultan Kedah yang kelima memerintah Kota Sungai Mas pada 7 Ogos 1280 selepas kemangkatan ayahandanya. 

Baginda yang memerintah Kedah selama 41 tahun mempunyai dua putera dengan Tengku Aisyah berpangkat Permaisuri iaitu Tengku Ibrahim dan Tengku Azlin. 

Baginda dikatakan mangkat pada 15 Mei 1321 dan dimakamkan di langgar Kota Sungai emas berhampiran dengan makam ayahandanya. 

Bercakap kepada Utusan Malaysia,  jurucakap Persatuan Gerila Sejarah Pulau Pinang, Muhammad Tanzilul Furqan  Marzuki mendaklwa, dia menemukan kubur tersebut selepas membaca epigrafi sewaktu melakukan kerja baik pulih makam dalam tanah perkuburan tersebut.

“Sewaktu ditemukan, wujud pahatan kaligrafi. Namun ia sudah haus akibat proses luluhawa dan ambil masa untuk menelitinya.

“Makam ini juga menggunakan tipologi batu nisan Samudera Pasai dari abad ke 13,” katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Tambah Muhammad Tanzilul Furqan, dia percaya makam asal Sultan Mahmud Shah I ini sebenarnya terletak di tebing Sungai Muda berdekatan dengan kampung baharu.

“Ia telah dijumpai pada tahun 2007 dengan beberapa kubur yang lain sewaktu projek lembangan Sungai Muda dilakukan.

“Sebuah kumpulan arkeologi dari UKM telah melakukan kerja-kerja eskavasi dan menemukan struktur tembok candi,  dipercayai telah wujud sejak abad ke-8.

Kata Muhammad Tanzilul Furqan,  penemuan makam itu akan memberi bukit kepada sejarah  awal Kesultanan Melayu Kedah yang telah bermula sejak tahun 1136 masihi oleh Sultan Mudzaffar Shah l di Kota Bukit Meriam. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya