Koperasi Ladang bangunkan agro pelancongan di Mersing - Utusan Malaysia

Koperasi Ladang bangunkan agro pelancongan di Mersing

NIK Muhammad Zawawi Salleh (dua dari kanan) melakukan lawatan di ladang fidlot di Estet Ladang Sungai Ambat, Mersing, Johor. - UTUSAN/MASTURAH SURADI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Koperasi Ladang Berhad bakal membangunkan kawasan agro pelancongan di Estet Ladang Sungai Ambat, di sini sebagai tarikan baharu kepada masyarakat luar dan setempat ke daerah itu dalam tempoh lima tahun.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, koperasi berkenaan kini bukan sahaja menyumbang dalam memajukan industri sawit negara bahkan turut berjaya dalam ternakan lembu.

“Pihak pengurusan juga mempunyai perancangan untuk jadikan kawasan ini bukan sekadar industri pertanian tetapi mahu jadikan kawasan ini sebagai agro pelancongan, seperti di Indonesia mereka jadikan penternakan lembu sebagai sumber negara melalui pelancongan.

“Seeloknya di sini ia dijadikan serampang dua mata kerana ada ternakan lembu, pertanian sawit selain mempunyai kawasan yang indah dan bersih tanpa gangguan asap-asap kilang,” katanya selepas melakukan lawatan di Estet Ladang Sungai Ambat, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya