Kerja-kerja bersih runtuhan tanah Cameron Highlands sedang dijalankan - Utusan Malaysia

Kerja-kerja bersih runtuhan tanah Cameron Highlands sedang dijalankan

KERJA membersihkan runtuhan tanah di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kerja membersihkan runtuhan tanah di Laluan FT 185, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley, Cameron Highlands sedang dijalankan.

Kerja membersihkan runtuhan tanah menggunakan jentera berat.

Kawasan terlibat dalam kejadian runtuhan tanah di Kilometer 27.10 itu adalah sepanjang 100 meter.

Kejadian dipercayai ekoran hujan berterusan yang menyebabkan hakisan tanah.

Dalam kejadian sekitar pukul 1.44 petang itu, dua kenderaan dipercayai tertimbus melibatkan sebuah lori kecil dan sebuah kereta.

Difahamkan, terdapat mangsa dalam kenderaan berkenaan namun setakat ini belum ada pengesahan daripada pihak berkuasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN