Keputusan kes rogol bekas exco Perak hari ini - Utusan Malaysia

Keputusan kes rogol bekas exco Perak hari ini

PAUL Yong Choo Kiong tiba di Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak pagi ini untuk keputusan tuduhan kes rogol  pembantu rumah  warga Indonesia. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Keputusan sama ada bekas Exco Perak, Paul Yong Choo Kiong perlu membela diri atau dibebaskan daripada tuduhan rogol pembantu rumah warga Indonesia, diketahui hari ini.

Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed menetapkan keputusan pada hari ini selepas mendengar hujahan Pengarah Pendakwaan Negeri Perak, Azlina Rasdi serta peguam Datuk Rajpal Singh dan Salim Bashir di akhir kes pendakwaan pada 16 November lalu.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh itu  tiba di Mahkamah Tinggi Ipoh di sini pada pukul 9.45 pagi.

Pada 23 Ogos 2019, Choo Kiong yang juga bekas Pengerusi Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu negeri didakwa merogol seorang wanita di dalam sebuah bilik di tingkat atas sebuah rumah di Meru Desa Park, Bandar Meru Raya.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan antara pukul 8.15 hingga 9.15 malam, 7 Julai 2019.

Pertuduhan terhadap beliau dilakukan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya