Kenapa Elly Mazlein sorok anak? Ini jawapannya. - Utusan Malaysia

Kenapa Elly Mazlein sorok anak? Ini jawapannya.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Sejak mempunyai anak pertamanya, Putri Sara Sefhia Azmi, pelakon dan pengacara terkenal, Elly Mazlein dilihat begitu selesa dengan cara tidak mendedahkan wajah anak di media sosial.

Apabila mengumumkan kelahiran anak keduanya pada Oktober lalu, Elly juga masih menerapkan cara yang sama dengan menyorokkan wajah putera sulungnya yang diberi nama Haider Mateen.

Berikutan itu, ramai tertanya-tanya adakah perkara ini sengaja dilakukan oleh selebriti serba boleh ini terutama apabila berkaitan dengan anak-anaknya.

Mengaku dia tidak berniat untuk menyorokkan wajah anak lelakinya, Elly lebih selesa tidak bersikap terbuka dalam berkongsi soal anak termasuk puteri sulungnya, Putri Sara Sefhia Azmi.

“Alhamdulillah, kehidupan saya macam biasa selepas bersalin. ‘Baby’ dah memasuki usia sebulan insya-Allah 23 Disember ini dah dua bulan.

“Kalau ikutkan, bulan Februari tahun hadapan baru saya mula bekerja tetapi dah rezeki saya terima untuk menggantikan posisi Jihan Muse.

“Saya tak sorok anak pun sebenarnya. Untuk ‘baby’ ini kami ada eksklusif dan akan dikongsikan menerusi program MeleTOP. Macam Sofea sebelum ini pun saya jarang tunjuk, sama juga dengan anak kedua ini,” katanya.


Elly berkata demikian semasa ditemui pada konsert Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, baru-baru ini.

Selain itu, kata Elly, dia percaya masing-masing ada cara tersendiri dalam menguruskan kehidupan dan juga media sosial.

Sementara itu, pemilik nama Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi  ini kagum dengan cara suaminya, Mohamad Azlan Che Nur dalam menguruskan anak sulung mereka.

Kata pelakon drama Kampung People dan Kampung People 2, suaminya langsung tidak kekok menjaga ‘baby’ malah kasih sayang terhadap Sefhia langsung tidak berkurangan.

“Suami saya seorang cikgu, jadi dia memang sayangkan budak-budak. Tak nampak pun dia kekok dalam menjaga Haider. Cara dia jaga Haider macam sebelum ini pernah ada anak.

“Dia langsung tak nampak janggal, berjaga malam, tolong bancuh susu. Kalau, saya penat sangat dia akan uruskan segalanya.

“Bila Haider muncul dalam kehidupan kami langsung tak nampak dia kurangkan kasih sayang terhadap Sefhia. Sama rata dia bagi. Dia jaga Sefhia dengan penuh kasih sayang. Alhamdulillah, saya dikurniakan suami sebaik ini dan harap kekal sampai bila-bila,”katanya.

Terdahulu, Elly dan Mohamad Azlan, 31, mendirikan rumah tangga pada 18 Januari tahun lalu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL).

Menerusi perkahwinan pertamanya, Elly dikurniakan cahaya mata perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.