Kastam Perak gagalkan cubaan seludup minuman keras, motosikal mini - Utusan Malaysia

Kastam Perak gagalkan cubaan seludup minuman keras, motosikal mini

SEBAHAGIAN minuman keras dan motosikal mini yang dirampas JKDM Perak dalam serbuan baru-baru ini. - UTUSAN/IHSAN JDKM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak menggagalkan cubaan menyeludup minuman keras dan motosikal mini bernilai RM1.4 juta dalam empat serbuan berasingan di Pelabuhan Klang, Selangor dan Pusing, Ipoh baru-baru ini.

Pengarah JKDM Perak, Datuk Dr. Mohamad Saprin berkata, dalam serbuan itu, 48,720 tin minuman keras dan 45 unit motosikal mini import pelbagai jenama telah dirampas.

“Dalam serbuan pada pukul 12.30 tengah hari, Selasa lalu, Bahagian Penguatkuasaan JKDM Perak Stesen Ipoh telah melakukan serbuan di Pelabuhan Klang, Selangor. 

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan telah menemukan 48,720 minuman keras yang disyaki barang larangan kastam di dalam sebuah kontena dengan anggaran nilai cukai RM1.3 juta,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, serbuan pada Jumaat lalu di tiga lokasi berbeza di Pusing dekat sini pula membawa kepada rampasan 45 unit motosikal import dengan nilai termasuk cukai berjumlah RM100,000.

Katanya, rampasan itu dibuat selepas serbuan dan pemeriksaan dijalankan ke atas dua buah rumah dan satu premis rumah kedai.

“Hasil pemeriksaan rapi yang dilakukan oleh pasukan serbuan di tiga lokasi ini mendapati terdapat 45 unit motosikal import dengan nilai cukai dan harga lebih kurang RM100,000 yang disyaki barang larangan.

“Melalui ketiga-tiga serbuan itu, dua lelaki dan seorang wanita tempatan ditahan untuk membantu siasatan,” katanya.

Tambah beliau, siasatan kedua-dua kes dijalankan mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya