Kanak-kanak 10 tahun hilang dipercayai dibaham buaya - Utusan Malaysia

Kanak-kanak 10 tahun hilang dipercayai dibaham buaya

PASUKAN bomba meneruskan operasi mencari kanak-kanak hilang yang dipercayai dibaham buaya di Kampung Sinakut, Felda Sahabat 16 di Lahad Datu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHAD DATU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun hilang dipercayai dibaham buaya semasa mandi laut di Kampung Sinakut Felda Sahabat 16, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Samsoa Rashid berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan seorang kanak-kanak pada pukul 7.18 malam dan sepasukan pegawai dan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa disambung semula pada pukul 10.20 pagi tadi.

“Bomba bertindak mendapatkan maklumat terkini daripada Balai Polis Cenderawasih dan seterusnya menuju ke lokasi dengan bantuan ibu mangsa.

“Walau bagaimanapun, penilaian awal mendapati tiada tempat sesuai untuk menurunkan bot berhampiran lokasi.

“Justeru, anggota kami terpaksa bergerak ke jeti di kawasan Desa Kencana yang terletak sejauh 7 kilometer dari lokasi untuk menurunkan bot,” katanya.

Setakat 3 petang tadi, mayat mangsa belum ditemukan dan operasi SAR masih giat dijalankan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN