KALA Sentral pasarkan produk anak Kelantan - Utusan Malaysia

KALA Sentral pasarkan produk anak Kelantan

AB. Aziz Yunus menunjukkan produk usahawan tempatan yang terdapat di Kala Sentral yang kini dibuka di Dataran Muhammadi Kota Bharu, Kelantan - UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan Authentic Lifestyle and Arts (KALA) Sentral di Dataran Muhammadi, di sini dibuka secara rasmi sebagai lokasi pelancongan terbaharu yang menempatkan lebih 1,000 produk makanan dan kraftangan dari negeri ini.

Dikendalikan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), KALA Sentral turut berfungsi sebagai pusat pemasaran produk keluaran para usahawan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam kalangan anak Kelantan.

Ketua Pegawai Eksekutif PKINK Ab. Aziz Yunus berkata, pihaknya kini giat berusaha melonjakkan semula ekonomi di negeri ini yang merudum dan terjejas teruk ekoran pandemik Covid-19 sejak lebih setahun lalu.

Kata beliau, dengan peranannya sebagai pusat tarikan pelancongan terbaharu di Kelantan, KALA Sentral disasarkan mampu menaikkan pendapatan usahawan sehingga lebih 50 peratus berbanding sekarang.

“Bagi peringkat permulaan, seramai 200 usahawan sudah menyertai KALA Sentral dengan membawa sebanyak 756 produk keluaran syarikat masing-masing seperti makanan segera, makanan sejuk beku, cenderamata, kraftangan dan pakaian.

“Kita berharap selepas ini, ramai lagi usahawan dapat menyertai KALA Sentral bagi membolehkan kita membantu mereka mengetengahkan produk masing-masing kepada pelancong domestik dan antarabangsa,” katanya selepas majlis pembukaan KALA Sentral yang turut dihadiri Timbalan Ketua Eksekutif (Bahagian Perancangan dan Pembangunan) PKINK, Mohamad Nasriff Daud di sini semalam. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya