Kakitangan swasta rugi RM44,000 diperdaya ‘pegawai kesihatan’  - Utusan Malaysia

Kakitangan swasta rugi RM44,000 diperdaya ‘pegawai kesihatan’ 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seorang wanita di sini kerugian RM44,000 selepas diperdaya individu yang menyamar sebagai penjawat awam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd. Radzi Ahmad berkata, mangsa yang berusia 27 tahun itu menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang mendakwa ‘pegawai kesihatan’.

Menurutnya, suspek mendakwa mangsa telah mengambil ubat secara berlebihan sebanyak 16 kali di sebuah klinik kesihatan bermula dari November sehingga bulan ini.

“Panggilan terbabit kemudiannya disambungkan kepada ‘Inspektor Yong’ dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh yang kononnya ditugaskan untuk menyiasat kes berkenaan.

“Mangsa kemudian dimaklumkan dia turut terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM2.7 juta,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata mangsa turut diarahkan untuk memberikan maklumat akaun banknya untuk semakan.

“Bagaimanapun selepas berbuat demikian, mangsa mendapati wang simpanannya telah dipindahkan ke akaun lain.

“Mangsa tampil membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya