Kaji semula pembelajaran secara bersemuka di sekolah - Utusan Malaysia

Kaji semula pembelajaran secara bersemuka di sekolah

AMIRUL SYAHIR MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kuala Kedah menggesa agar kerajaan mengkaji semula kaedah pembelajaran secara bersemuka ekoran penularan wabak Covid-19 di sekolah ketika ini.

Yang Dipertuanya, Amirul Syahir Musa berkata, pelajar terdedah kepada jangkitan Covid-19 di sekolah apabila semakin banyak kes baharu melibatkan pelajar.

“Kalau kita tengok hari ini semakin ramai dijangkiti wabak di sekolah dan ia memberikan satu masalah kepada sekolah dan pelajar.

“Ramai ibu bapa yang tidak mahu menghantar anak sekolah selepas berlakunya kes di sekolah dan peningkatan kes semakin tinggi yang melibatkan kluster dalam kalangan pelajar.

“Justeru itu kerajaan diminta untuk mengkaji semula kaedah yang terbaik bagi membendung wabak ini dalam kalangan pelajar agar tidak berlaku peningkatan kes dan menambah kegusaran ibu bapa sehingga menjejaskan pembelajaran anak-anak di sekolah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, antara langkah yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah adalah melaksanakan sistem Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dan bersemuka bergilir-gilir mengikut kapasiti pelajar.

“Langkah ini bagi mengurangkan kadar jangkitan serta memastikan pelajar dapat mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan.

“Kerajaan jugak boleh menyediakan peralatan ujian saliva ataupun RTK-Antigen kepada pelajar di sekolah dan apabila ada pelajar yang mempunyai siptom tertentu, haruslah menjalani ujian RTK terlebih dahulu sebelum dirujuk ke hospital ataupun klinik yang berdekatan,” katanya.

Tambah beliau, semua pihak harus memastikan agar anak-anak di sekolah sihat dan tidak dijangkiti wabak selain tidak menjadi pembawa kepada waris yang mempunyai masalah kesihatan yang lain di rumah.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya