JPJ lanjut tempoh tawaran pengurangan saman sehingga 31 Disember - Utusan Malaysia

JPJ lanjut tempoh tawaran pengurangan saman sehingga 31 Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersetuju melanjutkan tempoh tawaran pengurangan pembayaran saman kompaun sebanyak 80 peratus kepada semua Notis Saman JPJ (yang boleh dikompaun) sehingga 31 Disember ini.

JPJ dalam satu kenyataan akhbar hari ini memaklumkan, lanjutan tempoh pengurangan saman itu dibuat susulan sambutan amat menggalakkan daripada orang ramai sempena dengan Acara 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) yang berakhir 12 Disember lalu.

Menurutnya, tawaran itu bagaimanapun tidak terpakai bagi kes-kes yang masih dalam sebutan pihak mahkamah termasuk yang berstatus waran tangkap dan perbicaraan.

“Bagi pesalah-pesalah lalu lintas yang telah disenarai hitam, pesalah dikehendaki hadir sendiri ke kaunter JPJ, bagi tujuan proses dokumentasi semula, sebelum

menikmati diskaun saman yang diberikan.

“Kemudahan pembayaran saman ini adalah melibatkan semua Kaunter di Pejabat JPJ seluruh negara termasuk kios, Mobile JPJ, dan Pusat Transformasi Bandar (UTC).

“Urusan transaksi tersebut boleh dilakukan bermula pada pukul 8 pagi hingga 5 petang (termasuk hujung minggu) manakala bagi UTC, waktu pengoperasian adalah tertakluk kepada arahan MOF,” katanya.

Katanya, transaksi pembayaran juga boleh dilakukan secara dalam talian (online) melalui portal mySIKAP JPJ (https://public.jpj.gov.my/).

Jelasnya lagi, pelanjutan tempoh ini diharap dapat memberi lebih banyak peluang dan kemudahan kepada Keluarga Malaysia untuk menikmati tawaran pengurangan pembayaran saman yang lebih panjang tanpa perlu mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang ditetapkan.

Dalam pada itu, JPJ memaklumkan, pihaknya mengutip RM4,126,938 melalui 81,146 transaksi urus niaga pembayaran saman bermula 9 hingga 13 Disember lalu.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 68,953 transaksi melibatkan saluran kaunter dan Mobile JPJ manakala selebihnya iaitu melibatkan 1,080 transaksi (kios) dan 11,113 transaksi (online),” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya