Jeffrey ajak dua bekas ADUN Warisan sertai STAR - Utusan Malaysia

Jeffrey ajak dua bekas ADUN Warisan sertai STAR

JEFFREY KITINGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) mengajak dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Warisan (Warisan) untuk menyertai parti berkenaan.

Presiden STAR, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan berkata, parti itu mengalu-alukan jika Naib Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Peter Anthony dan ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuatim ingin bekerjasama dengan STAR di bawah satu payung.

Beliau berkata, STAR bersedia untuk bekerjasama dengan kedua-dua pemimpin Kadazan, Dusun dan Murut (KDM) tersebut.

“Rakyat KDM yang bersatu padu akan mendatangkan kebaikan kepada Sabah.

“Justeru, saya turut mengalu-alukan ADUN Inanam, Peto Galim dan bekas pemimpin Parti Cinta Sabah (PCS) untuk menyertai kita dan bekerjasama menentukan hala tuju negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Timbalan Ketua Menteri itu berkata, keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak baru-baru ini juga menunjukkan rakyat Borneo mula menolak parti berasal dari Semenanjung.

“Parti berasaskan Malaya sudah ditolak jadi, ini masanya untuk rakyat Sabah bekerjasama dan bersatu untuk memperkukuhkan pengaruh politik kita di peringkat nasional,” katanya.

Semalam, Peter yang juga ADUN Melalap bersama Juil Nuatim mengumumkan keluar Warisan bagi membentuk satu parti tempatan baharu yang akan bekerjasama dengan gabungan kerajaan negeri sekarang.

Menurut Peter, keputusan itu diambil kerana mereka merasakan perjuangan asal Warisan yang selama ini melaungkan slogan ‘Sabah untuk Sabahan’ sudah tersasar selepas parti itu memutuskan melebarkan sayap ke Semenanjung Malaysia pada 17 Disember lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.