Jangan adakan PRU dalam masa terdekat - Utusan Malaysia

Jangan adakan PRU dalam masa terdekat

KHAIRUL NIZAM MOHD. SOPERY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Briged Negaraku menggesa supaya pilihan raya umum (PRU) tidak dijalankan dalam masa terdekat.

Presidennya, Khairul Nizam Mohd. Sopery berkata, gesaan tersebut mengambil kira faktor untuk memberikan peluang kepada Pelan Pemulihan Negara (PPN) dilaksanakan sepenuhnya sehingga berjaya.

“Sekiranya PRU dijalankan dalam masa terdekat, ia akan merencatkan segala perancangan yang telah dibuat. Orang awam kini sudah muak dengan isu politik dan mereka lebih memikirkan tentang pembangunan ekonomi negara dan diri mereka sendiri. 

“Sekiranya PRU berlaku, dikhuatiri ramai yang tidak keluar mengundi kerana sudah tidak ambil peduli ditambah lagi rasa risau terhadap penularan Covid-19,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Khairul Nizam menambah, perjanjian gencatan politik juga telah termeterai sehubungan itu kesemua ahli politik perlu fokus memberikan tumpuan dalam proses pemulihan negara.

“Tibalah masa kepada ahli politik untuk membuktikan kepada rakyat apa yang mereka katakan sebelum ini bukanlah sekadar retorik. Kurangnya kepercayaan rakyat kepada pemimpin adalah satu  perkara yang tidak baik dalam sesebuah negara.

“PRU yang dijalankan dalam tempoh pandemik ini pastinya melibatkan pertambahan kos bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan. 

“Adalah lebih baik ketika majoriti rakyat terkesan daripada aspek ekonomi dan psikologi ini, peruntukan lebihan untuk PRU ini digunakan untuk membantu mereka yang memerlukan,” katanya lagi.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya