Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands dibuka esok - Utusan Malaysia

Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands dibuka esok

KERJA membersihkan runtuhan tanah di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Laluan Persekutuan FT185 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands Seksyen 27 dekat sini yang ditutup berikutan kejadian tanah runtuh pada 2 Disember lalu tetap dibuka kepada semua lalu lintas esok seperti yang diumumkan sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Zolkafly Harun berkata, laluan itu akan dibuka mulai esok setelah kerja-kerja pembersihan cerun siap sepenuhnya.

“Jalan berkenaan akan dibuka mulai esok memandangkan kerja pembersihan cerun telah siap sepenuhnya dan perkara ini telah disahkan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Walaubagaimanapun, ia tertakluk kepada justifikasi dan penilaian risiko yang dikeluarkan oleh Unit Cerun JKR dari semasa ke semasa.

“Justeru, pengguna jalan bagi laluan itu dinasihatkan mengambil langkah berhati-hati dan melakukan perancangan awal ketika memandu di laluan tersebut,” katanya ketika sesi penggulungan Belanjawan 2022 Perak pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.

Mengenai laporan media hari ini bahawa jalan berkenaan masih ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan kerana masalah cerun akibat hujan lebat berterusan, Zolkafly berkata, perkara itu disebabkan berlaku sedikit salah faham.

Pada 2 Disember lalu, dua maut selepas kenderaan dinaiki iaitu Toyota Alphard dan sebuah lori tertimbus dalam runtuhan tanah menyebabkan laluan berkenaan ditutup kepada semua kenderaan.

Sementara itu, Zolkafly  berkata, kerajaan negeri mengucap takziah terhadap keluarga mangsa kejadian tanah runtuh di laluan itu dan mengajak ahli Dewan membacakan al-Fatihah dan bertafakur. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya