Jalan Simpang Pulai-Blue Valley dibuka berdasarkan penilaian - Utusan Malaysia

Jalan Simpang Pulai-Blue Valley dibuka berdasarkan penilaian

MOHD. ZOLKAFLY HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI SIPUT: Jabatan Kerja Raya (JKR) melalui Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC) akan membuat penilaian keadaan cerun di Laluan FT 185 dari Simpang Pulai ke Blue Valley, Cameron Highlands sebelum jalan itu boleh dibuka untuk kenderaan.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Mohd. Zolkafly Harun berkata, satu lorong akan dibuka terlebih dahulu kepada pengguna jalan raya selepas laluan itu didapati selamat untuk digunakan.

Katanya, setakat ini, kerja-kerja pembersihan di kawasan tapak runtuhan tanah sedang giat dijalankan pihak konsesi.

“Kerja-kerja pembersihan di kawasan itu dijangka selesai minggu ini, dijangka dalam tiga ke empat hari lagi. Sebaik sahaja pembersihan selesai dilakukan, CKC JKR akan menilai keadaan cerun tersebut terlebih dahulu sebelum memutuskan sama ada laluan itu selamat untuk dibuka kepada kenderaan atau sebaliknya,” katanya selepas mengadakan perjumpaan bersama agensi Daerah Kuala Kangsar dengan Persatuan Penduduk Taman Muhibbah Jaya berkaitan isu banjir kilat, di Pejabat Daerah dan Tanah Sungai Siput (U), di sini hari ini.

Dalam kejadian sekitar pukul 1.30 petang Khamis lalu, dua lelaki maut setelah kenderaan masing-masing ditimbus runtuhan tanah. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya