‘Jaga mama, keluarga’ pesanan Gmie Screen - Utusan Malaysia

‘Jaga mama, keluarga’ pesanan Gmie Screen

AHLI keluarga arwah Gmie menabur bunga di pusaranya di Tanah Perkuburan Kampung Medan, Kuala Langat, Selangor hari ini. - UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Penyanyi kumpulan Screen, Gmie atau nama sebenarnya Hajmi Ibrahim, 50, sempat menitipkan pesanan berharga kepada anaknya, Hazim Syahmi,19, untuk menjaga ibunya, Siti Royani Gumari dan keluarga.

Menurut Hazim, pesanan tersebut diberikan semasa arwah masih dalam rawatan di rumah.

“Papa berpesan untuk saya dan adik-beradik menjaga mama. Pesanan papa seolah-olah dia hendak pergi meninggalkan kami,” katanya ringkas ketika ditemui di Tanah Perkuburan Kampung Medan di sini hari ini.

Gmie sebelum ini dilaporkan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, pada jam 2.30 pagi.

Allahyarham kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Medan kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

Hazim berkata, Allahyarham papanya pada awalnya mengalami jangkitan kuman di kaki dan disyaki oleh doktor disebabkan masalah buah pinggang.

“Selepas menerima rawatan papa boleh berjalan dengan menggunakan tongkat. Namun tiga bulan yang lalu kesihatannya merosot hinggalah dimasukkan ke hospital,”katanya.

Sebelum ini, anak Allahyarham, Siti Hadirah dalam laporan sebuah portal berita berkata, beberapa hari sebelum ini, bapanya kurang sihat dan hilang selera makan.

Arwah Gmie menempa nama dengan kumpulan Screen dan popular dengan rangkaian lagu seperti Bila Cinta Didusta dan Tak Suka Tak Apa pada era 1990-an.

Pada 2016, arwah menyertai pertandingan musim ketiga program realiti, Gegar Vaganza (GV3) dan berentap hingga ke pentas akhir serta meraih tempat keenam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya