Individu langgar HSO boleh dikompaun sehingga RM1,000  - Utusan Malaysia

Individu langgar HSO boleh dikompaun sehingga RM1,000 

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Individu positif Covid-19 yang melanggar Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) bakal dikenakan kompaun sehingga RM1,000.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, tindakan tegas itu dikeluarkan susulan wujud pelanggaran HSO bagi tempoh 1 Disember lalu sehingga hari ini.

Beliau berkata, kira-kira 1.8 peratus daripada jumlah individu positif Covid-19 dikesan melanggar perintah berkenaan sejak awal bulan ini.

“Kami akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas individu yang berkenaan. Kita terpaksa mengambil langkah tegas kerana mereka mendaftar masuk ke premis lain sedangkan sepatutnya mereka perlu berada di rumah,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Katanya, beliau juga mengesahkan turut menerima laporan mengenai majlis perkahwinan besar-besaran membabitkan pasangan selebriti dengan ramai tidak mengamalkan prosedur operasi standard (SOP).

Khairy berkata, pihaknya tidak menghalang majlis perkahwinan tetapi setiap orang perlu mengambil langkah sewajarnya membendung penularan jangkitan Covid-19.

“Akibat pelanggaran SOP itu, mereka mungkin dikenakan kompaun maksimum RM1,000 mengikut Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988),” katanya.

Dalam pada itu, Khairy berkata, orang ramai dinasihatkan supaya menghidupkan fungsi bluetooh bagi membolehkan aplikasi MySejahtera membuat pengesanan kontak rapat kepada kes positif jangkitan Covid-19.

“Ciri baharu dikenali sebagai MySejahtera Trace (MySJ Trace) boleh mengesan kontak rapat pada jarak tertentu dan bagi kontak kasual, mereka digalakkan melakukan ujian kendiri dan ini akan membendung penularan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya