Indeks jenayah Negeri Sembilan turun - Utusan Malaysia

Indeks jenayah Negeri Sembilan turun

MOHAMAD Mat Yusop (dua dari kiri) ketika melancarkan dan menghadiri simulasi program Go To Safety Point (GTSP) Petron dan PDRM Kontinjen Negeri Sembilan di Bandar Ainsdale, Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kadar indeks jenayah di Negeri Sembilan terkawal dan menunjukkan trend penurunan pada tahun ini sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan hingga sekarang.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, bagi Januari hingga November tahun ini, sebanyak 1,698 kes jenayah dicatatkan berbanding 2,213 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

“Ini menunjukkan penurunan sebanyak 515 kes atau 23.3 peratus. Kami jangkakan statistik penurunan kes jenayah kekal turun 20 ke 23 peratus, itu saya boleh beri jaminan usaha mengekang (jenayah) akan diteruskan.

“Indeks jenayah pecah rumah dan kekerasan juga mencatatkan penurunan kes masing-masing sebanyak 24 peratus dan 20.7 peratus,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri program Pelancaran dan Simulasi Go To Safety Point (GTSP) Petron dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Negeri Sembilan di Bandar Ainsdale, di sini hari ini.

Jelas Mohamad, tidak dinafikan dalam keadaan kelonggaran diberikan kerajaan ketika ini dan selepas pelaksanaan PKP, berlaku trend peningkatan kes jenayah namun masih terkawal.

“Ini hanya melibatkan kes-kes biasa seperti kecurian, mencederakan, pecah rumah dan samun jalanan tetapi tidak membimbangkan serta masih normal. Dalam tempoh sebulan ini, kes paling tinggi ialah kes mencederakan iaitu dengan peningkatan 1.46 peratus. Sikit sahaja peningkatan (kes) dan perkara ini kita sudah jangkakan sebab masyarakat sudah bebas bergerak tetapi pemantauan masih diteruskan,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN