Hubungan dengan Ahmad Zahid bukan dingin, tetapi hangat - Abdul Hadi - Utusan Malaysia

Hubungan dengan Ahmad Zahid bukan dingin, tetapi hangat – Abdul Hadi

ABDUL Hadi Awang (tengah) dalam Majlis Sambutan Ulang Tahun Pas Ke-70 di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam (TTI) di Kuala Terengganu hari ini. - PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berseloroh hubungannya dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bukan dingin seperti didakwa, sebaliknya masih hangat.

Abdul Hadi berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Ahmad Zahid, bahkan sentiasa bertemu dengan pemimpin itu di Parlimen.

“Saya rasa hubungan masih hangat, dekat Parlimen kita duduk bersama-sama dengan sebelah saya Tan Sri Muhyiddin Yassin diikuti Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ahmad Zahid.

Saya duduk di tengah-tengah, jadi pendamai semua pihak,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun Pas Ke-70 di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam (TTI) di sini hari ini.

Hubungan Abdul Hadi dan Ahmad Zahid dikatakan dingin, dengan kedua-duanya didakwa sudah lama tidak bertemu, sekali gus menjadi antara faktor yang menyebabkan Muafakat Nasional (MN) berada di penghujung jalan.

Terdahulu, Abdul Hadi dalam ucapannya berkata, Pas merupakan parti yang kuat dan memiliki kehebatan tersendiri tanpa perlu menumpang parti lain. 

“Parti-parti lain yang banyak bergantung dengan kita untuk menyelamatkan diri. Walaupun Pas ditekan dan berdepan rintangan, kita tidak sekali-kali menyerah kalah dalam perjuangan.

“Pelbagai ujian, ugutan yang membujur lalu, melintang patah, tetapi kita harus lalui perjuangan ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN