Harga maksimum 12 item ditetapkan dalam masa terdekat - Utusan Malaysia

Harga maksimum 12 item ditetapkan dalam masa terdekat

ALEXANDER NANTA LINGGI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) sebagai langkah menstabilkan harga barangan keperluan pada masa ini di samping memastikan keberadaan bekalan di pasaran.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, skim itu akan berkuat kuasa pada 7 hingga 31 Disember ini melibatkan kawalan harga ke atas 12 item ditetapkan sebagai tindakan serius kerajaan menangani kenaikan harga barang.

Kata beliau, item-item itu ialah ayam hidup, ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedal atau mana-mana bahagiannya) dan ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal).

“Selain itu telur ayam gred A (berat antara 65 gram hingga 69.9 gram sebiji), telur ayam gred B (berat antara 60 gram hingga 64.9 gram sebiji) dan telur ayam gred C (berat antara 55 gram hingga 59.9 gram sebiji),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Alexander berkata, barangan lain melibatkan sayur-sayuran ialah kacang panjang, cili merah, tomato, sawi hijau, kobis bulat Import (Indonesia dan China tidak termasuk Beijing) dan timun.

Beliau berkata, langkah ini diharapkan berjalan dengan lancar dan membantu menstabilkan harga barang di pasaran.

“Pengumuman harga bagi barangan yang terlibat di setiap peringkat rantaian perniagaan akan dilakukan dalam masa terdekat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.