Fly dari Brazil ke Madinah, misi kemanusiaan Ustaz Ebit Lew di Sao Paolo 'cipta sejarah' - Utusan Malaysia

Fly dari Brazil ke Madinah, misi kemanusiaan Ustaz Ebit Lew di Sao Paolo ‘cipta sejarah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bagaikan mencipta sejarah.

Itu yang dapat disimpulkan terhadap misi kemanusiaan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew di bumi Sao Paolo, Brazil selama seminggu ini.

Masakan tidak, sepanjang misi itu, beliau menjadi perhatian ramai, khususnya penampilannya yang berjanggut sehingga disapa ‘Prince Mohammed bin salman’ (Putera Mahkota Arab Saudi).

Setiap gelandangan yang ditemuinya, diberikan segala bentuk bantuan, khususnya mereka yang tinggal di khemah-khemah plastik.

Dalam hantaran terbaharu, beliau menulis ketika ini sedang dalam penerbangan dari Brazil ke Madinah.

“Doakan ya. Fly dari Brazil ke Madinah. Rindukan Nabi Muhammad SAW. Seluruh hidup ini terhutang budi dengan Nabi Muhammad SAW. Terima kasih tak terhingga tak terungkap segala tangisan dan pengorbananMu,” tulisnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN