'Favela kawasan bahaya, tiada siapa berani masuk' - Utusan Malaysia

‘Favela kawasan bahaya, tiada siapa berani masuk’

USTAZ Ebit Lew bergambar dengan 'penjaga' kawasan setinggan di Favela, Brazil.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew menceritakan mengenai misi kemanusiaannya yang kini berada di kawasan Favela di Rio De Janeiro, sebuah kawasan setinggan yang bahaya dan senjata api bagaikan ‘permainan’ di kawasan itu.

Dalam catatan terbaharunya di Brazil, jelasnya, kawasan itu sememangnya tiada siapa berani masuk.

Fast Furious. Ingat cerita je. Rupanya di Rio ni memang kawasan Favela setinggan memang gaya hidup mereka macam ni. Senjata api ni biasa je di kawasan Favela. Tiada orang berani masuk. Memang bahaya. Masa turun misi dan lawatan terjumpa secara tak sengaja dengan anak muda ni semua di jalanan. Mereka ajak ambil gambar.

“Macam biasa janggut dan kopiah atau jubah mesti mereka akan hairan. Semua hairan. Dekat sini sepanjang saya jalan orang pandang. Di Rio ada 1 Masjid An Nur. Saya berkongsi sebab apa simpan janggut dan kopiah. Begitulah kadang masa makan orang tanya kenapa makan pakai tangan. Saya ceritalah tentang kasih sayang Allah dan Sunnah Nabi SAW,” ceritanya.

Menurut Ustaz Ebit Lew, walau seram, berkat sunnah dan niat membantu orang susah, mereka menyambut dengan sangat baik.

“Ramai juga yang tiada agama berminat dan tanya pasal Islam. Kita hormati setiap agama dan bangsa. Kita sebuah keluarga. Saya ceritakan tentang Nabi SAW. Tadi seram. Mereka kata Malaysian Good. Tu jer mereka ulang-ulang.

“Nampak pada sebahagian wajah mereka nak belajar jadi baik dan berubah. Kita tak datang dalam dunia. Allah hantar kita untuk seluruh umat seluruh alam. Doakan jadi asbab kebaikan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN