Fahmi Reza bebas dengan jaminan polis - Utusan Malaysia

Fahmi Reza bebas dengan jaminan polis

FAHMI REZA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aktivis, Fahmi Reza dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya dirakam hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, polis merampas telefon bimbitnya bagi membantu siasatan.

“Kita juga akan mendapat maklumat daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi membantu siasatan

“Siasatan masih berjalan dan selepas dilengkapkan akan dihantar ke Jabatan Peguam Negara untuk arahan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, peguam Fahmi, Yohendra Nadarajan mengesahkan pembebasan itu, namun memaklumkan telefon bimbit anak guamnya diambil polis bagi membantu siasatan.

Fahmi hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pagi tadi bersama pasukan peguamnya selepas menerima notis di bawah Seksyen 111 Kanun Tatacara Jenayah, sebelum ditahan pada pukul 10.20 pagi.

Keterangannya dirakam oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5 JSJ Bukit Aman.

Siasatan sedang dilaksana berhubung hantaran didakwa menghina Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail di platform Facebook miliknya termasuk 284 laporan polis diterima dari seluruh negara berkaitan isu sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN