Enam penghuni lolos dari pusat pemulihan diburu - Utusan Malaysia

Enam penghuni lolos dari pusat pemulihan diburu

BATHOLOMEW Ak Umpit (tengah) menunjukkan gambar suspek yang meloloskan diri dari Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Papar hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PAPAR: Belum pun sampai sebulan ditempatkan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen), enam penghuni warga tempatan melarikan diri daripada pusat berkenaan pada Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, enam daripada 11 penghuni yang merancang melarikan diri dari pusat tersebut meloloskan diri dengan memanjat tembok konkrit.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Batholomew Ak Umpit berkata, kesemua suspek lelaki berusia antara 20 hingga 40-an itu dimasukkan ke pusat pemulihan berkenaan pada hujung November lalu.

Beliau percaya tindakan itu sudah dirancang lebih awal oleh kesemua 11 penghuni namun, hanya enam orang yang berjaya meloloskan diri.

“Kita percaya mereka melarikan diri melalui tembok pagar dengan cara memanjat badan antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, lima penghuni gagal melarikan diri kerana tembok pagar di pusat itu terlalu tinggi,” katanya semasa sidang akhbar hari ini.

Batholomew berkata, usaha memburu suspek giat dijalankan kerana semua suspek dipercayai masih berada sekitar daerah ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan kerana perbuatan melarikan daripada pusat tahanan. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai tahanan ini diminta menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Papar di talian 088-916064 atau pegawai penyiasat Inspektor Mohamad Alif Mohd. Razali  di talian 010-2611012.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya