Ejen jadi hamba ‘founder’ - Utusan Malaysia

Ejen jadi hamba ‘founder’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gara-gara terlalu banyak ejen ditekan oleh pengasas produk untuk mengambil stok barangan walaupun produk-produk tersebut tidak berjaya dijual menimbulkan perasaan tidak puas hati segelintir pihak.

Baru-baru ini tular sebuah video di laman media sosial TikTok memaparkan seorang pengguna fix.the.system meluahkan perasaan tidak puas hati dengan sikap segelintir pengasas menekan ejennya untuk menghabiskan produk yang membukit.

Menurut beliau, ejen dikerah untuk membeli stok daripada pengasas walaupun produk tersebut tidak laku dan tiada pembeli hanya kerana pengasas tersebut ingin mendapatkan kewangan dengan cara yang salah.

“Ajaran sesat nombor satu, ejen perlu beli stok dulu, ajaran sesat inilah yang kayakan ramai pengasas.

“Ajaran sesat nombor dua, orang yang ‘jumpa’ kilang OEM, tidak reka produk, hanya ‘pilih’ dari senarai produk yang kilang tu ada. Gelar diri sebagai pengasas sebab dorang ‘jumpa’ kilang tu. Pengasas abah mu,” tulisnya di dalam video yang disiarkan di TikTok.

Rata-rata netizen meluahkan perasaan simpati terhadap ejen yang dianiaya oleh pengasas, malah terdapat individu-individu lain menceritakan pengalaman mereka selama bergelar seorang ejen produk.

“Akhir sekali, produk berlambak dekat rumah tak laku nak jual, pengasas bawa kereta Mustang siarkan dekat TikTok,” komen alifflam8.

“Lepas tu ejen nak kena jual harga yang ditetapkan…stok berlambak tak terjual, harga tak boleh turunkan …kesian ejen,” komen annenadea.

“Betul lah wei…macam mak saya pun jual produk sekarang dah stokis lah, tapi tu la setiap bulan wajib tambah barang bernilai RM2,000 walaupun barang lama masih banyak,” komen sang_ibu.

“Lepas tu dia punya tagline ‘saya nak bantu anda keluar dari kesusahan’ hm pak hang. Yang sebenarnya nak kita bantu dia jadi hidup senang,” komen zafzarrae.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.