Eh salahkan bapa pula? - Utusan Malaysia

Eh salahkan bapa pula?

poklip
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Jujurnya, Poklip tergelak bila dengar dakwaan yang satu ini. Macam kisah Keluarga 69 pula. Pelbagai versi dan tokok tambah yang membuatkan Poklip jadi keliru, siapa yang betul? Anak atau bapa?

Dakwa seorang teman, ada seorang artis mengadu tentang masalah kewangan yang semakin membelenggu dirinya. Eh, masih muda dan popular. Banyak juga tawaran persembahan, kenapa boleh ‘sangkak’?

Dakwa artis muda itu, dia telah ‘ditipu’ bapanya sendiri yang secara rahsia, mengambil duit simpanannya untuk kepentingan peribadi. Sehinggakan satu masa, dia terpaksa meminjam duit daripada teman lain.

Semuanya gara-gara bapanya sendiri yang dipercayai telah menggunakan duit tanpa kebenaran. Kasihan pun ada bila Poklip dengar dakwaan itu. Yalah, penat-penat kerja sekali wang simpanan habis ditarah.

Lebih menyedihkan jika perbuatan itu dilakukan orang yang kita percaya dan dekat. Rasa macam ditusuk-tusuk tau. Banyak kali juga sebenarnya Poklip dengar kisah sama dalam industri.

Namun selang beberapa hari kemudian, teman yang sama menyampaikan cerita artis itu tidak lagi terikat dengan mana-mana syarikat pengurusan. Dia sebaliknya memilih bapanya sendiri untuk menguruskannya.

Eh pening. Bukan hari itu dakwa bapa ‘makan’ duitnya, tetapi sekarang diuruskan oleh orang yang sama? Macam mana itu? Poklip keliru sangat. Mana satu yang betul ini?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.