Dua motosikal menanti penonton bertuah di Cub Prix 2021

Dua motosikal menanti penonton bertuah di Cub Prix 2021

YVONNE Ng menunjukkan kupon ‘happy bag’ untuk setiap pembelian RM50 sekali gus memboleh penonton menyertai cabutan bertuah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2021 bakal melabuhkan tirainya 19 Disember ini di Litar Sepang Selatan dengan dua pusingan terakhir iaitu pusingan kesembilan dan ke-10 menjadi penentu kepada pelumba untuk bergelar juara keseluruhan.

Setakat ini, pelumba pasukan Honda Yuzy Idemitsu Team, Azroy Hakeem Anuar mendahului kedudukan keseluruhan bagi kategori CP150 dengan pungutan 125 mata, manakala Md. Adib Rosley dari pasukan Ipone Yamaha YY Pang Racing Team mengumpul 150 mata untuk kategori CP125.

Honda RS-X 2022

Kedudukan keseluruhan bagi kategori Wira kini diungguli pelumba asal Kuala Lumpur, Md. Aqil Danial Nasrul yang sudah mengumpul 113 mata.

Sesi kelayakan diadakan 17 Disember manakala saingan pusingan kesembilan dan ke-10 iaitu pusingan penutup musim dijadualkan 18 dan 19 Disember ini.

Selain perebutan gelaran juara keseluruhan dalam kalangan pelumba di litar, pusingan penutup musim ini bakal memberikan kejutan kepada penonton yang hadir di Litar Sepang Selatan.

Menurut Pengurus Pemasaran dan Promosi Safe Aim Mutual Sdn Bhd, Yvonne Ng, penonton mendapat satu kupon untuk setiap pembelian ‘happy bag’ berharga RM50 bagi menyertai cabutan bertuah itu dan penonton menerima tiga kupon sekiranya membeli dua ‘happy bag’.

Pihak penganjur menyediakan dua buah motosikal iaitu Yamaha Y15ZR dan Honda RS-X 2022 sebagai hadiah utama kepada penonton bertuah.

“Selain motosikal sebagai hadiah utama, beberapa hadiah lain turut disediakan termasuk KYT helmet, baju hujan Koyoko, baju Corsa, barangan Racing Boy dan banyak lagi,” ujar Yvonne. – UTUSAN ONLINE

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.