Muktamar: ‘Biarlah kita digelar wala’un, jangan mala’un’

Muktamar: ‘Biarlah kita digelar wala’un, jangan mala’un’

AHMAD Yahya semasa penggulungan Ucapan Dasar Presiden Pas sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: “Biarlah kita digelar wala’un. Wala’un tak jadi masalah, jangan mala’un.”

Demikian kata Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Ahmad Yahya yang menyeru seluruh anggota parti itu supaya terus memperkukuh ketaatan dan wala’ kepada kepemimpinan terutama ketika Pas membawa agenda perjuangan menuju Putrajaya.

Kata beliau, ketaatan dan wala’ bukan sekadar ungkapan, sebaliknya menjadi asas penting dalam memastikan keputusan yang telah dibuat bersama dapat dilaksanakan dengan kesatuan hati.

“Bila keputusan sudah dibuat, ketaatan dan wala’ adalah suatu yang sangat penting dalam jemaah kita.

“Marilah pada hari yang mulia ini, kita memberikan kepatuhan dan wala’ yang tertinggi kepada kepimpinan untuk menuju ke jalan yang dirintis bagi mencapai kejayaan,” katanya semasa penggulungan Ucapan Dasar Presiden sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa, di sini hari ini.

Ahmad berkata, kepentingan wala’ itu dapat dilihat melalui sikap para sahabat Rasulullah SAW ketika berdepan Perang Badar.

Katanya, pada asalnya Rasulullah SAW bersama para sahabat bersiap untuk menyekat rombongan dagang pimpinan Abu Sufyan, namun keadaan berubah apabila mereka berdepan bala tentera bersenjata.

“Persiapan yang dibuat hanya sekadar untuk menyekat rombongan dagang, bukan menghadapi musuh di dalam medan peperangan. Tetapi yang sekarang menuju kepada kita adalah pasukan bersenjata. Bersiap atau sedia tidak?” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×