Doa Nooryana buat Najib, semoga diberikan kekuatan hadapi ujian - Utusan Malaysia

Doa Nooryana buat Najib, semoga diberikan kekuatan hadapi ujian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Doakan agar daddy diberikan kekuatan menghadapi semua ujian dan cabaran ini”.

Demikian coretan terbaharu Nooryana Najwa Najib, anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam akaun Instagram miliknya.

Dalam catatan itu, Nooryana berdoa agar semoga keputusan esok memberikan keadilan kepadanya (Najib).

Hari ini, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Najib untuk memasukkan bukti dan keterangan baharu untuk dipertimbang dalam rayuan kes beliau membabitkan penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd.

Dengan penghakiman tersebut, keputusan rayuan Najib berhubung sabitan salah dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta atas tujuh kesalahan penyelewengan dana sebanyak RM42 juta yang dijadualkan esok akan diteruskan seperti biasa.

Pada 2 Disember lalu, Najib melalui peguamnya memfailkan permohonan untuk memasukkan bukti dan keterangan baharu yang didakwa boleh mengubah keputusan Mahkamah Tinggi.

Bukti baharu itu, dakwa Najib, antaranya membabitkan penglibatan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar yang dikatakan mempunyai bersekongkol dengan Jho Low atau Low Taek Jho bagi memudahkan ahli perniagaan dalam buruan itu untuk menyeleweng dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak syarikatnya SRC International.

Nooryana menambah, sesungguhnya hanya Allah SWT yang maha mengetahui dan menentukan segala-galanya.

“Sebagai hamba Allah SWT, kita hanya mampu merancang dan mendoakan yang terbaik. Berdepan dengan berbagai-bagai ujian tetapi kekal tenang, percaya, dan yakin dengan kebenaran.

“Kebenaran di dunia dan di akhirat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya