Dengki rezeki kawan baik - Utusan Malaysia

Dengki rezeki kawan baik

poklip
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kesian Poklip bila dengar luahan seorang artis ini. Dia punyalah percaya dengan kawan baiknya namun, orang itu juga yang menabur pasir dalam periuk nasinya. Betul cakap orang sekarang, yang dekat dengan kita itu yang paling bahaya.

Kisahnya, dia terkejut apabila ada beberapa penganjur membatalkan tawaran persembahannya secara tiba-tiba. Tak ada angin, tak ada ribut. Bila ditanya apa alasan penganjur, mereka cuma cakap kekurangan bajet.

Tetapi si polan itu pelik. Takkan secara tiba-tiba? Malah, bukan satu tetapi lebih tiga penganjur menggunakan alasan sama. Dia pun naik hairan. Bukan hendak meragukan rezeki, tetapi pelik juga kan.

Selidik punya selidik, rupanya ada yang menyampai cerita buruk tentang si polan itu. Ada yang mendakwa, si polan itu kaki datang lambat, kurang berdisiplin dan berangan diva. Sampai macam itu ya dia difitnah.

Kecewa difitnah satu hal, tetapi apabila dia mendapat tahu dakwaan itu datang dari mulut kawan baiknya sendiri, hatinya hancur berkecai. Tidak pernah dia sangka, orang yang rapat dengannya akan berbuat demikian.

Poklip tanya juga, ada ke apa-apa yang dilakukan sehingga melukakan hati kawan baiknya sendiri? Dia memikirkan soalan sama tetapi sehingga sekarang, masih buntu.

Namun dia menganggap mungkin ada kata-kata atau perbuatannya yang membuatkan kawan baik itu menabur fitnah. Atau kata seorang lagi teman, itu semua mungkin kerana sifat dengki dan cemburu!

Poklip banyak kali tau mendengar kisah yang lebih kurang sama. Takutlah!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN