Lelaki dikehendaki di Korea Selatan ditahan guna pas palsu

Lelaki dikehendaki di Korea Selatan ditahan guna pas palsu

LELAKI rakyat Korea Selatan yang ditahan pihak Jabatan Imigresen Malaysia dalam satu operasi di Horizon Hills, Johor Bahru, Johor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki rakyat Korea Selatan yang dikehendaki di negara asalnya kerana disyaki terlibat dalam kes penipuan membabitkan nilai hampir RM10 juta ditahan pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Horizon Hills, di sini semalam.

Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd. Rusdi Mohd. Darus berkata, suspek yang berusia 49 tahun itu turut didapati menggunakan pas penggajian palsu untuk tinggal di Malaysia.

Katanya, penahanan tersebut dilakukan hasil maklumat awam dan risikan pihak berkuasa dalam satu operasi di sebuah kediaman mewah di kawasan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek dipercayai terlibat dalam kes penipuan di negara asal melibatkan kerugian sebanyak KRW 3.5 bilion bersamaan kira-kira RM9.4 juta.

“Hasil pemeriksaan mendapati suspek gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, semasa pemeriksaan dilakukan, isteri suspek yang merupakan warga China turut berada di rumah tersebut bersama dua anak lelaki mereka berusia 12 dan 20 tahun serta seorang pekerja pembersihan warga Filipina.

Tambahnya, semakan lanjut melalui sistem JIM mengesahkan lelaki itu serta pekerja pembersihan terbabit telah tinggal lebih masa di negara ini.

“Kedua-dua individu berkenaan telah ditahan dan kini direman selama 14 hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Kami akan terus mempergiat operasi bagi membanteras pendatang asing tanpa izin (PATI) serta kegiatan pemalsuan dokumen oleh pihak tidak bertanggungjawab,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini