Covid-19: Rekod 5, 446 kes - Utusan Malaysia

Covid-19: Rekod 5, 446 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA  Kes baharu penularan Covid-19 mencatatkan peningkatan dengan merekodkan sebanyak 5,446 kes setakat jam 12 tengah hari tadi.

Ia sedikit tinggi berbanding jumlah yang dicatatkan semalam iaitu 5,020 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu sekali gus menjadikan seramai 2,678,465 individu dijangkiti virus berkenaan di negara ini.

Jumlah kemasukan hospital pesakit Covid-19 di seluruh negara bagi tujuh hari lalu pula menurun sebanyak 6.3 peratus berbanding tujuh hari sebelum ini.

Bagaimanapun, sedikit berbeza dengan kemasukan hospital pesakit Covid-19 di Negeri Sembilan yang mencatatkan peningkatan sebanyak 15.7 peratus.

Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan perincian kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (8 Disember) yang mencatatkan 5,020 kes adalah seperti berikut:

 

Selangor (1,465)

Kelantan (503)

Pahang (413)

Johor (407)

Kedah (404)

Sabah (322)

Kuala Lumpur (316)

Pulau Pinang (291)

Negeri Sembilan (251)

Terengganu (211)

Perak (183)

Melaka (129)

Sarawak (55)

Perlis (33)

Putrajaya (25)

Labuan (12)

 

-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya