Catatan dari Sao Paolo: Ebit Lew sebak nenek jaga cucu-cucu di jalanan - Utusan Malaysia

Catatan dari Sao Paolo: Ebit Lew sebak nenek jaga cucu-cucu di jalanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang kini menjalankan misi kemanusiaan di Sao Paolo, Brazil menceritakan rasa sebak dan sayunya melihat seorang nenek menjaga cucu-cucu dan menjadi gelandangan kerana kesusahan dan ujian hidup.

Menerusi catatan terbaharunya, beliau berkata, di tengah-tengah kemajuan bandar besar dan cantik di sana, ada yang tertinggal.

“Bila tanya nama dan berbual-bual dengan anak-anak ini, sama seperti anak kita di rumah. Mereka cuma anak-anak tapi nasib mereka tak sama dengan kita.

“Masa bawa sedikit hadiah dan belanja buat mereka, seronok anak-anak ini. Waktu pagi sejuk, lena sebahagian mereka tidur di dalam khemah-khemah kecil di tepi jalan.

“Selepas Subuh pukul 3.30 pagi saya pusing lihat penuh khemah-khemah kecil disini. Terfikir lena selesa ke mereka tidur. Tapi itulah kehidupan sebahagian mereka. Ujian mereka dan anak-anak ini,” katanya.

Beliau kemudiannya menitipkan doa Semoga Allah bantu dan permudahkan hidup, dikabulkan cita-cita dan doa mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.