Budak lima tahun maut didera sejak Jun lalu - Utusan Malaysia

Budak lima tahun maut didera sejak Jun lalu

SITI ZAILAH MOHD. YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lima bulan terakhir hidup seorang kanak-kanak berusia lima tahun seperti dalam neraka dan penderitaan itu berakhir semalam apabila dia meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital selepas menjadi mangsa penderaan di Taman Nusa Bistari, Iskandar Puteri di Johor semalam.

Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu dipercayai dilakukan ibunya sendiri yang berusia 35 tahun bersama teman lelakinya berusia 32 tahun di rumah mereka sejak Jun lalu.

Kejadian yang menimpa kanak-kanak itu adalah kes terbaharu membabitkan kanak-kanak di negara ini. Sebanyak 472 kes direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung keganasan terhadap kanak-kanak sejak Januari hingga September lalu.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Timbalan Menteri Pembangunan Wani­ta, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff memberitahu, beliau sangat sedih dengan kejadian penderaan itu yang tidak sepatutnya berlaku.

Menurutnya, ibu bapa perlu bertanggungjawab dan memberi perlindungan terhadap keselamatan anak-anak selain menggesa masyarakat bertindak segera jika ada elemen penderaan terhadap orang terdekat.

“Sekiranya ada jiran atau ahli keluarga mengetahui atau mengesyaki berlaku kes dera sepatutnya mereka melaporkan kepada pihak berwajib.

“Di kementerian sendiri, kita ada talian kasih (15999) atau melalui aplikasi WhatsApp iaitu 019-2615999.

“Mereka juga boleh melaporkan di balai-balai polis terdekat,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Katanya, pelaku berdepan hukuman berat iaitu denda maksimum sehingga RM50,000 atau penjara atau kedua-duanya sekali, bergantung kepada kesa­lahan.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, polis Johor Bahru Selatan (JBS) menerima panggilan daripada petugas HSA mengenai kematian kanak-kanak itu kira-kira 12.20 tengah hari.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa tinggal bersama ibu kandungnya dan teman lelaki berusia 35 tahun serta seorang adik dan kakak.

“Forensik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor turut menjumpai getah paip di sinki dalam bilik air, batang kayu dan poly pipe di atas sofa serta kesan darah di rumah suspek.

“Pemeriksaan lanjut mendapati kedua-duanya mempu­nyai rekod jenayah lampau yang sama iaitu kesalahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan empat rekod mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya