Buang sampah sesuka hati tunjukkan kedangkalan akal fikiran - Utusan Malaysia

Buang sampah sesuka hati tunjukkan kedangkalan akal fikiran

TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA JAMALULLAIL (kiri) berkenan berinteraksi dengan seorang kanak-kanak selepas berangkat menyerahkan sumbangan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di rumah Zailudin Bidin, Udoh Kassim dan Norqairil Adzhar di sekitar Kangar dan Kuala Perlis hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Perbuatan meninggalkan sampah di kawasan rekreasi dan melupuskan sisa buangan dengan sesuka hati menunjukkan kedangkalan akal fikiran golongan tersebut.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, sikap ambil mudah membuang sampah merata-rata dan menganggap sampah akan diuruskan oleh pihak lain semata-mata juga adalah sikap yang amat tidak bertanggungjawab.

“Sebagai ahli masyarakat yang mendukung aspirasi Perlis hebat, rakyat bermentaliti kelas pertama dalam tindakan, beta berharap agar kempen rakyat Perlis hidup bersih dan masyarakat Perlis madani berperaturan dapat dijayakan semua pihak dengan sikap penuh bertanggungjawab dan bersungguh-sungguh.

“Ia selari dengan matlamat pencapaian Perlis Negeri Bandaraya Pintar 2030,” titah baginda selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di rumah Zailudin Bidin, Udoh Kassim dan Norqairil Adzhar sekitar Kangar dan Kuala Perlis di sini.

Sumbangan tersebut bersempena program MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf kali ke-53 tahun ini. 

Mereka menerima agihan zakat MAIPs bernilai RM700, ‘Kit MAIPs Peduli’ dan beras fidyah daripada baginda.

Sempena program itu, para peserta yang mengiringi baginda telah berganding bahu mengadakan gotong royong bagi membantu membersihkan kawasan pekarangan salah sebuah rumah yang diziarahi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN