KETIADAAN jeti khusus untuk nelayan di Kampung Tengah Tebelut, Kuching Sarawak menyebabkan sukar untuk mereka turun ke laut bagi mencari rezeki terutama ketika air surut.
Ini menyebabkan bot-bot mereka tersadai ekoran sukar untuk diturunkan ke sungai dan seterusnya ke muara.
Sehubungan itu, mereka meminta agar kerajaan melakukan sesuatu bagi mengatasi masalah tersebut. – UTUSAN ONLINE